Wednesday, June 12, 2013

Ramai yang menggemari susu kacang soya, namun masih ramai yang tidak mengenali apa itu kacang soya. Post kali ini saya ingin bercerita serba sedikit mengenai kacang soya.. Mari kita baca..


Inilah pokok Kacang Soya yang belum diproses.


Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.
Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.
Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.
*Sumber dari Wikipedia
Saya adalah wakil Pengedar Sah Shaklee untuk penghantaran ke seluruh Malaysia. Hubungi saya di FB: Faten Hairi atau email di: fa10hamimi@gmail.com atau call/ sms/ whatsapp 017-5547445 untuk sebarang pertanyaan/pesanan.

No comments:

Post a Comment