Wednesday, June 19, 2013

Punca GEMUK??

Terdapat banyak sebab mengapa ramai yang ingin menurunkan berat badan. Ada di antaranya
kerana mereka telah menghidap penyakit-penyakit yang berkaitan dengan obes seperti kencing
manis dan juga darah tinggi. Atas nasihat doktor, mereka harus menurunkan berat badan untuk
mengurangkan risik-risiko penyakit yang kronik sekaligus menjejaskan kesihatan diri.

Tidak kurang juga ada yang ingin menurunkan berat badan kerana mendapati bentuk badan
mereka tidak menarik. Biasanya ia jatuh dalam golongan perempuan kerana mereka lebih
mementingkan kecantikan tubuh badan berbanding lelaki.

Apabila tidak mempunyai bentuk badan yang menarik, atau gemuk, mereka mudah hilang
keyakinan diri dan takut dicemuh oleh rakan-rakan.

Apabila anda mula menjengah usia 20-an biasanya kadar metabolisma anda akan mula
menurun dan menyebabkan pertambahan berat badan berlaku dengan lebih cepat berbanding
biasa. Maka sebab itulah anda perlu menyedari dengan lebih awal tentang perubahan yang
dialami dalam usia ini.

Semakin umur anda meningkat, kadar metabolisma pun akan semakin menurun.

Untuk menurunkan berat badan tidak sukar sekiranya anda tahu caranya dan anda berdisiplin
untuk melakukannya. Ia juga harus dijadikan tabiat dan bukannya untuk jangka masa yang
pendek. Jika anda kembali kepada tabiat lama, angan-angan untuk mendapatkan tubuh badan
yang cantik dan sihat hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

Secara ilmiah, obesiti terjadi akibat mengambil kalori lebih banyak dari yang diperlukan oleh tubuh. Penyebab terjadinya ketidakseimbangan antara pengambilan dan pembakaran kalori ini masih belum jelas.
Terjadinya obesiti melibatkan beberapa faktor:
  • Faktor genetik (Keturunan) . Obesiti cenderung diturunkan, sehingga diduga mempunyai penyebab genetik. Tetapi ahli keluarga tidak hanya berkongsi gen, tetapi juga makanan dan kebiasaan gaya hidup, yang boleh mendorong terjadinya obesiti. Seringkali sukar untuk memisahkan faktor gaya hidup dengan faktor genetik. Kajian terkini menunjukkan bahawa rata-rata faktor genetik memberikan pengaruh sebanyak 33% terhadap berat badan seseorang.




  • Faktor persekitaran. Gen merupakan faktor yang penting dalam pelbagai kes obesiti, tetapi persekitaran seseorang juga memegang peranan yang cukup bermakna. Persekitaran ini termasuk perilaku / pola gaya hidup (misalnya apa yang dimakan dan berapa kali seseorang makan serta bagaimana aktivitinya). Seseorang tentu saja tidak dapat mengubah pola genetiknya, tetapi dia dapat mengubah pola makan dan aktivitinya.


  • Faktor psikis . Apa yang ada di dalam fikiran seseorang boleh mempengaruhi kebiasaan makannya. Banyak orang yang memberikan reaksi terhadap emosinya dengan makan.

Salah satu bentuk gangguan emosi adalah persepsi diri yang negatif. Gangguan ini merupakan masalah yang serius pada banyak wanita muda yang menderita obesiti, dan boleh menimbulkan kesedaran yang berlebihan tentang kegemukannya serta rasa tidak selesa dalam pergaulan sosial.
Ada dua pola makan abnormal yang boleh menjadi penyebab obesiti iaitu makan dalam jumlah sangat banyak (binge) dan makan di malam hari (sindroma makan pada malam hari). Kedua pola makan ini biasanya dicetuskan oleh tekanan dan kekecewaan. Binge mirip dengan bulimia nervosa, dimana seseorang makan dalam jumlah sangat banyak, bezanya pada binge hal ini tidak diikuti dengan memuntahkan kembali apa yang telah dimakan. Sebagai akibatnya kalori yang dimakan sangat banyak. Pada sindroma makan pada malam hari, adalah berkurangnya selera makan di pagi hari dan diikuti dengan makan yang berlebihan, pergolakan dan insomnia pada malam hari.

Faktor kesihatan. Beberapa penyakit boleh menyebabkan obesiti, diantaranya:
    • Hipotiroidisme -  adalah istilah yang mengacu pada simtoma menurunnya sintesis dan sekresi hormon tiroid dari kelenjar tiroid.
    • Sindrom Cushing - disebabkan hormon kortisol dihasilkan secara berlebihan oleh kelenjar adrenal. Secara biologinya, kelenjar berbentuk seakan-akan topi ini terdiri daripada dua lapisan yang dikenali sebagai korteks (lapisan luar) dan medula (lapisan dalam). Kelenjar adrenal menghasilkan antara 30 hingga 50 sebatian steroid atau hormon. Tiga hormon utama yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal ini ialah hormon kortisol, adolsteron,dan hormon handrogen.
    • Sindrom Prader-Willi - nada otot yang rendah, kedudukan pendek, perkembangan seksual yang tidak lengkap, kurang upaya kognitif, tingkah laku masalah, dan rasa kelaparan kronik yang boleh membawa kepada makan berlebihan dan obesiti yang mengancam nyawa
    • Beberapa kelainan saraf yang boleh menyebabkan seseorang banyak makan.
    • Ubat-ubatan.

          Ubat-ubat tertentu (misalnya steroid dan beberapa anti- kemurungan ) boleh menyebabkan penambahan berat badan.

          • Faktor perkembangan. Penambahan saiz atau jumlah sel-sel lemak (atau kedua-duanya) menyebabkan bertambahnya jumlah lemak yang disimpan dalam tubuh. Pesakit obesiti, terutama yang menjadi gemuk pada masa kanak-kanak, boleh mempunyai sel lemak sampai 5 kali lebih banyak berbanding dengan orang yang berat badannya normal. Jumlah sel-sel lemak tidak dapat dikurangkan, kerana itu penurunan berat badan hanya boleh dilakukan dengan cara mengurangkan jumlah lemak di dalam setiap sel.
          • Aktiviti fizikal . Kurangnya aktiviti fizikal kemungkinan merupakan salah satu penyebab utama dari peningkatan angka kejadian obesiti di tengah masyarakat yang makmur. Orang-orang yang tidak aktif memerlukan lebih sedikit kalori. Seseorang yang cenderung mengambil makanan kaya lemak dan tidak melakukan aktiviti fizikal yang seimbang, akan mengalami obesiti.

          No comments:

          Post a Comment